Isa Samad Mungkin Pertimbang Sertai UMNO Semula Selepas PRK PD

SHAH ALAM – Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad berkemungkinan akan mempertimbangkan untuk menyertai semula UMNO selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson selesai. 

“Setakat ini tak tahu lagi. Fokus saya untuk menang pilihan raya kecil. Selepas itu saya akan fikir,” katanya yang dipetik The Star.

Isa yang juga bekas Pengerusi FELDA bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Port Dickson menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Isa pada Khamis lalu menjelaskan beliau bukan lagi ahli UMNO dan sudah pun menulis surat kepada UMNO Bahagian Teluk Kemang berhubung keputusannya itu pada dua hari sebelumnya (Selasa).

Tambah Isa, keputusannya untuk bertanding di Port Dickson bukan sahaja kerana UMNO enggan meletakkan calon, malah disebabkan Port Dickson merupakan kampung halamannya.

Malah Isa juga yakin beliau akan mendapat sokongan daripada ahli UMNO dan juga penduduk setempat.

“Saya fikir sesetengah ahli UMNO akan menyokong saya, begitu juga yang lain…orang biasa, bukan ahli parti juga akan sokong,”katanya lagi.

Selain Isa, Anwar juga bakal ditentang calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar serta empat calon Bebas lain iaitu Saiful Bukhari Azlan, Lau Seck Yan, Stevie Chan Keng Leong dan Kan Chee Yuen.

PRK Port Dickson akan berlangsung pada 13 Oktober depan. – SuaraTv 

2 thoughts on “Isa Samad Mungkin Pertimbang Sertai UMNO Semula Selepas PRK PD

  • September 29, 2018 at 8:54 pm
    Permalink

    tk malu tak sedar diri!!! korang da rosak musnah hancur korup rasuah dari kepala sampai ekor 2×5… tk kan pulih punya makin rudum junam hancur ada la… nyah korup … tolak korup…. buang masa!!! padan muka dulu takbur bongkak tak sedar diri…

    Reply
  • September 29, 2018 at 8:56 pm
    Permalink

    muka semak ni…tk sedar diri ke? korup korup korup kurap… tunggu lah hukuman kes kau tu.. tk malu!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.