Anwar dan Saiful Bukhari Bersalaman Di Pusat Penamaan Calon PRK Port Dickson

PORT DICKSON – Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan, bersalaman dengan Ketua Umum PKR itu selepas menghantar borang penamaan calon, sebentar tadi.

Saiful Bukhari bagaimanapun tidak duduk di meja yang sama dengan Anwar selepas itu, sebaliknya memilih bersama beberapa calon lain termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Stevie Chan Keng Leong, sementara menunggu pengumuman oleh Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR).

Selepas hampir 15 minit berbual bersama Isa dan Chan, Saiful bangun menuju ke meja Anwar sebelum sekali lagi bersalaman dan duduk di sebelahnya.

Mereka dilihat berbual beberapa minit sebelum Anwar yang memakai baju Melayu biru muda, bangun dan beredar ke bahagian lain di dalam dewan. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.