Ambil Tindakan Undang-undang Pada Ahli Lompat Parti – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR – UMNO didesak mengambil mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli yang bertindak keluar parti.

Desakan itu disuarakan Pemuda UMNO. Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu wajar diambil sebagai peringatan kepada ahli untuk kekal setia kepada UMNO.

“Kita desak mereka yang keluar parti ini dikenakan tindakan perundangan. Mereka diangkat kerana UMNO, wang kempen dan daftar pilihan raya pun daripada UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO, di sini hari ini. 

Sebelum ini, Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman mengumumkan keluar parti.

Seminggu kemudian, Ketua UMNO Bahagian Cheras,  Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee pula mengambil tindakan yang sama.

Terbaru, bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengumumkan keluar dari UMNO.

Jelas bekas Pengerusi FELDA itu, beliau mengambil keputusan berkenaan kerana mahu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson memandangkan UMNO tidak meletakkan calon. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.