Ambil Tindakan Tegas Terhadap Petualang Parti – Asyraf

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO mendesak pucuk pimpinan mengambil tindakan tegas terhadap wakil rakyat yang keluar dan melompat parti selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pemimpin terbabit disifatkan sebagai petualang kerana bertanding atas nama parti, memanfaatkan jentera parti dan menggunakan wang parti.

“Bukan seperti segelintir pimpinan yang meninggalkan kita ketika UMNO dilanda badai. Kononnya lompat kerana prinsip perjuangan, kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang.

“Kami tahu sebab-sebabnya. Ingatlah UMNO yang kalian sisihkan inilah, yang pernah menatang anda di waktu senang, mendokong anda hingga ke puncak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar dalam Persidangan Pemuda UMNO, sempena Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.