Video: Tiada Masalah KWSP Melabur Di Luar Negara

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat tidak mempunyai masalah dalam membuat pelaburan di pasaran luar sekiranya ia dibuat penilaian yang baik.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani, pelaburan tersebut nyata mampu memberi pulangan yang tinggi kepada rakyat dan negara.

 

“Justeru tidak ada masalah bagi pelaburan dilakukan di luar.

“Tetapi perlu di buat dengan penilaian yang baik, tiada masalah bagi KWSP melabur di luar negara,” katanya ketika di temui media semalam.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa KWSP mempunyai dana yang besar yang boleh dilaburkan dalam pelbagai bentuk pelabura.

“KWSP mempunyai dana yang besar iaitu RM700 Billion yang boleh dilaburkan dalam pelbagai bentuk pelaburan dalam dan luar negara,”ujarnya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.