Video: Kerajaan Bimbang PLUS Jatuh Ke Tangan Orang Luar

Cadangan pengambil alihan Plus Nasional Berhad oleh Maju Holding Sdn Bhd nyata membimbangkan kerajaan kerana ia mungkin akan mengakibatkan aset strategik negara itu jatuh ke tangan syarikat asing masa hadapan.

Menurut Menteri Kewangan kedua, Datuk Johari Abdul Ghani, kementeriannya perlu mengetahui secara mendalam mengenai sumber dana lebih RM36 billion yang akan digunakan dalam urus niaga itu.

“Yang pertama saya nak tanya duit datang daripada mana? kalau duit datang dari luar negara saya nak tahu duit datang dari luar negara itu berunsur pinjaman atau apa?

“Kalau berunsur pinjaman, kalau pinjaman ini tidak boleh di bayar kerana ia tidak aada peningkatan dan sebagainya jadi akhirnya pa jadi? dia akan menyebabkan aset-aset negara ini yang strategik ini akan jatuh ketangan orang luar katanya ketika ditemui media selepas pesta labur Permodalan Nasional Berhad (PNB) 2017 di pusat konvensyen Putrajaya (PICC).

Pada ketika ini, syarikat tempatan Maju Holding yang membida untuk mengambil alih Plus Malaysia dan menjanjikan tiada kenaikan tol selama 20 tahun.

Terdahulu, terdapat beberapa syarikat yang turut berminat untuk membeli Plus Malaysia, namun ia ditolak.

Plus Malaysia ketika ini dimiliki oleh UEM Group, anak syarikat milik penuh khazanah Malaysia SDN Bhd dengan pegangan kepentingan sebanyak 51 peratus manakala selebihnya dimiliki oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.