Video : 22 Maut Terhimpit, Terpijak Di Jejantas

Seramai 22 maut akibat rempuhan dan dipijak ketika orang ramai yang berlindung dari hujan di atas jejantas menyeberang landasan kereta api di Mumbai, mula bersesak-sesak bergerak.

Menurut AFP, hujan lebat pada sebelah pagi menyebabkan orang ramai yang ke tempat kerja berlindung di jejantas berkenaan dan ketika semua mula bergerak, seseorang di depan terjatuh menyebabkan mereka di belakangnya juga jatuh membawa kepada rempuhan dan pijakan, lapor Metro.

Jurucakap Keretapi India, Ravindra Bhakar, berkata 22 orang disahkan terbunuh iaitu 14 lelaki dan lapan wanita manakala 32 lagi cedera.

Pihak berkuasa bimbang jumlah kematian meningkat kerana ada mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Kejadian itu berlaku pada 10.30 pagi waktu tempatan di atas jejantas menghubungkan stesen Elphinstone dan Parel di selatan Mumbai.

Awal bulan ini, 33 orang mati selepas sebuah jambatan merentangi sungai runtuh ketika cuaca buruk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.