Vaksin Tifoid Baharu Mampu Cegah Jutaan Penyakit

LONDON – Vaksin tifoid baharu yang dibangunkan sebuah syarikat terbukti selamat dan tinggi tahap imunisasi ketika ujian didakwa mampu mencegah jutaan jangkitan jika lulus peringkat akhir ujian klinikal, kata penyelidik.

Menurut Reiters, “Penyelidikan kami menambah bukti untuk menyokong pembangunan Vaksin Vi-conjugate sebagai usaha untuk mengawal demam tifoid, kata ketua kumpulan penyelidikan vaksin Universiti Oxford, Andrew Pollard, lapor BH.

Demam tifoid menyerang 12 hingga 20 juta orang di seluruh dunia terutama di rantau yang kualiti air dan kebersihannya rendah terutama di Asia Selatan dan sebahagian kawasan Sahara Afrika.

Menurut rekod, satu kematian berlaku dalam setiap 100 kes dan kira-kira tiga peratus mereka yang dijangkiti menjadi pembawa kronik penyakit.

Menurut penyelidik, hasil kajian peringkat pertengahan vaksin Vi-conjugate itu juga selamat digunakan untuk bayi.

Keadaan ini secara tidak langsung membuktikan ia mampu mencegah separuh daripada mereka yang menerima vaksin daripada dijangkiti ketika terdedah kepada penyakit.

Tifoid berpunca daripada sejenis bakteria dikenali sebagai Salmonella enterica serovar Typhi dan pada kebiasaannya dirawat dengan menggunakan antibiotik.

Bagaimanapun, antibiotik agak terhadap di negara miskin sedangkan ancaman penyakit itu semakin meningkat. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.