Tian Chua Tarik Balik Rayuan, Terima Hukuman Penjara

Dalam satu tindakan yang mengejutkan, Naib Presiden PKR, Tian Chua telah menarik balik rayuannya terhadap tuduhan yang dikenakan terhadapnya kerana enggan mematuhi perintah polis untuk meninggalkan Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada tahun 2012.

Ini berlaku ketika beliau hadir untuk rayuan terakhirnya di hadapan tiga panel hakim yang diketuai oleh Hakim Tan Sri Mohtarudin Baki.

Beliau melepaskan peguamnya, N Surendran, dan secara peribadi berucap kepada mahkamah.

Dalam ucapannya, beliau menyifatkan sabitannya oleh Mahkamah Sesyen sebagai tidak masuk akal, kerana dia didakwa menceroboh masuk ke tempat yang dia dibawa ke sana secara paksa selepas menyertai perhimpunan BERSIH 3 pada tahun 2012.

Mahkamah Tinggi pada November tahun lalu, telah menolak rayuan awalnya terhadap sabitan dan hukuman setahun penjara dan denda RM1,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 23 Januari 2014.

Tian Chua disabitkan di bawah Akta Kawasan dan Tempat Perlindungan 1959 kerana menolak perintah untuk meninggalkan Kompleks Pulapol di Jalan Semarak pada 29 April 2012, sehari selepas ditangkap semasa perhimpunan BERSIH 3 di Kuala Lumpur.

Mahkamah sepatutnya mendengar hujah kedua-dua belah pihak hari ini, tetapi menerima penarikan balik rayuan itu, dan mengekalkan hukuman penjara satu bulan, berkuatkuasa hari ini.

Tian Chua kelihatan tersenyum ketika hakim menyampaikan penghakimannya.

Anggota Parlimen yang didenda lebih RM2,000 atau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada satu tahun, akan kehilangan kerusi di Dewan Rakyat dan dihalang daripada bertanding bagi kerusi itu selama lima tahun.-Malaysakini

 

One thought on “Tian Chua Tarik Balik Rayuan, Terima Hukuman Penjara

  • September 29, 2017 at 11:18 am
    Permalink

    Siapa yg saja2 nak sponsor makan…….. Dia nak rasa makan priee kat Sungai Buluh la tu….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.