Tegur Kerana DAP Tidak Sensitif Agama Islam, Kata Bekas Naib Presiden PPBM

KUALA LUMPUR – Datuk Hamidah Osman menegur pihak-pihak yang melenting ekoran tegurannya ke atas DAP berhubung langkah parti itu yang mahu agar mewujudkan undang-undang kesamarataan.

Bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, perkara yang hak perlu ditegakkan manakala yang bathil tetap bathil.

“Ada yang melenting bila saya tegur DAP walaupun teguran saya mengenai tuntutan mereka yang tidak sensitif soal agama.

“Jangan bergitu dik…Matlamat tidak menghalalkan cara. Jangan demi nak turunkan Najib, apa saja kita gadaikan termasuk hal ehwal agama dan bangsa,” tulisnya menerusi status terbaharu di Facebook hari ini.

Hamidah berkata demikian bagi memperjelas tindakannya yang membuat teguran ke atas Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching apabila menggesa agar diwujudkan undang-undang kesamarataan atau akta anti diskriminasi bagi mengelak sebarang bentuk diskriminasi di Malaysia.

Pembantu setiausaha publisiti DAP itu membuat gesaan itu selepas melihat isu diskriminasi yang dilakukan dobi layan diri di Muar, Johor yang tidak membenarkan pelanggan bukan Islam menggunakan perkhidmatannya.

Sementara itu, pada status sama Hamidah yang turut mengulas mengenai tindakannya keluar PPBM adalah disebabkan beliau hilang kebebasan dan terikat untuk bersuara perkara yang benar.

Dakwanya, langkah itu dikenakan parti kerana kononnya tindakan demikian akan merugikan dan menjejaskan parti.

“Sekarang ni saya bebas bersuara. Kalau UMNO dan BN tak betul saya akan bersuara dan jika takPPBM atau Pakatan Harapan betul pun saya akan tegur. Berani kerana benar,” ujarnya yang juga merupakan bekas Pengasas dan Ketua Bahagian PPBM Gopeng. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.