Syabu Dalam Bungkusan Teh Cina

KUALA TERENGGANU – Polis berjaya membongkar taktik dua sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus teh cina untuk membungkus dadah jenis syabu dalam dua serbuan berasingan di negeri Terengganu dan Pulau Pinang baru-baru ini.

Operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang turut disertai Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman dan JSJN Terengganu dan Pulau Pinang itu turut menahan enam lelaki warga tempatan berusia antara 25 hingga 53 tahun, lapor Kosmo.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, dadah disyaki jenis syabu seberat 309 kilogram (kg) itu merupakan rampasan dadah terbesar negara tahun ini dengan anggaran bernilai RM21.6 juta.

Menurut beliau, menerusi operasi pertama Isnin lalu, polis menahan dua suspek lelaki yang bertindak sebagai pemandu dan kelindan treler sejurus mereka berhenti di satu lokasi di Bukit Payung, Marang, Terengganu pada pukul 11 malam.

“Pemeriksaan lanjut ke atas treler berkenaan berjaya menemui dadah seberat 288.5kg yang dianggarkan bernilai RM20.2 juta selain merampas wang berjumlah RM2,750. Polis turut menyita sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan sebuah kereta Chevrolet Colorado.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.