PSM Sudah Serik Ditipu PH – S. Arulchelvan

PETALING JAYA – Parti Sosialis Malaysia (PSM) sudah hilang kepercayaan kepada Pakatan Harapan (PH) dan sudah serik ditipu pemimpin mereka.

Bekas Setiausaha Agung PSM, S. Arulchelvan berkata, PH selama ini memberikan harapan palsu berhubung rundingan parti itu untuk menyertai gabungan pembangkang itu namun ia satu pembohongan semata-mata.

“Satu pembohongan bahawa PSM masih berunding untuk masuk PH. PH sebenarnya tidak mnenjemput PSM dan tidak pernah memanggil untuk rundingan setakat ini.

“Ada juga desakan supaya PSM menyertai Pakatan Rakyat (PR) pada tahun 2008, ada pandangan pemimpin mereka ketika itu kenapa PSM tak sertai PR. PSM pernah memohon masuk PR.

“Selama tiga tahun, kita telah menulis banyak surat menyatakan kita nak berunding tentang kerusi, kita hanya nak bertanding empat kerusi saja. Malangnya PR tidak panggil mesyuarat hingga dibubarkan,” katanya di sini hari ini.

Arul juga berkata, pihaknya hanya menerima satu surat PR bertanyakan tentang Buku Jingga sahaja selepas PRU-13 lalu.

“Mereka bertanyakan sama ada PSM bersetuju dengan Buku Jingga, tapi kita beri maklum balas bahawa kita setuju kandungan manifesto pilihan raya itu. Selepas itu PR jadi sejarah kerana tiada lagi.

“Sebab itu kita sedia bertanding dalam pilihan raya selepas ini, kita akan lawan siapa saja, BN atau PH,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.