Patung Beruang Gergasi Tak Mampu Beli Cinta Gadis

Seorang lelaki kaya di China merancang memikat gadis dan menunjukkan kasih sayangnya menerusi hadiah patung gergasi.

Lelaki yang membawa beruang gergasi berukuran 2,5 meter dan meletakkannya di tempat duduk di bersebelahan stereng porschenya itu menjadi viral di laman sosial China.

Lelaki itu kemudiannya ke kampus Universiti Hangzhou, untuk memikat dan memberikan patung beruang gergasi tersebut kepada gadis idamannya itu.

Selepas tiba di kampus, dia segera meluahkan perasaannya dan memberikan patung beruang gergasi bagaimanapun, jawapan gadis itu benar-benar membuatkan dia patah hati.

“Saya suka beruang teddy, tetapi saya tidak menyukai kamu,” kata gadis itu seperti memetik Shanghai.

Walaupun telah menolak cinta lelaki itu, gadis tersebut masih menyimpan membawa teddy bear yang diberikan oleh lelaki itu.

Difahamkan, lelaki itu menjadi perbualan panas di WeChat dan Weibo. Gambar lelaki itu yang menaiki Porsche dengan beruang teddy gergasi menjadi tular di media sosial Cina.

Terdapat juga versi lain menceritakan lelaki itu telah menyimpan patung teddy berharga untuk cuba menyatakan perasaannya kepada perempuan yang diminatinya.

Lelaki yang dilaporkan itu salah satu daripada “fu’erdai” yang terkenal. Fu’erdai adalah generasi kedua orang kaya.

Generasi ini dikatakan mengikuti banyak cara anak-anak orang ternama dan terkaya di China, yang menghabiskan banyak wang mereka untuk membeli beruang gergasi.

Sementara itu, difahamkan di Weibo juga mengatakan bahawa lelaki itu mendapat beruang dari Costco.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.