Misteri Perut Penyu Terburai

KOTA KINABALU – Penduduk sekitar Pulau Bum-Bum di Semporna gempar dengan penemuan beberapa ekor bangkai penyu yang terdampar di pantai dalam keadaan perut haiwan itu terburai dipercayai akibat dirobek petang kelmarin.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, pihaknya mengesahkan mengenai kejadian itu namun masih menjalankan siasatan mengenai jumlah dan punca sebenarnya penyu tersebut terdapat di kawasan berkenaan, lapor Kosmo.

Katanya, kisah penemuan bangkai penyu itu mendapat perhatian orang ramai selepas beberapa keping gambar menunjukkan hidupan laut berkenaan yang dalam keadaan menyayat hati tular di laman sosial Facebook.

Difahamkan, penyu-penyu tersebut menjadi mangsa pembunuhan pihak tidak bertanggungjawab yang rakus untuk mendapatkan telur haiwan terbabit.

“Setakat ini kami mengesahkan me­ngenai kejadian itu selepas pegawai di daerah Tawau menghubungi penduduk kampung di Pulau Bum-Bum untuk mendapatkan kepastian.

“Berdasarkan gambar yang diperoleh daripada penduduk kampung, kami harapkan ia cerita benar bukannya rekaan,” katanya di sini semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.