Lim Kit Siang, P. Ramasamy Kenapa Begitu Beremosi – Lim Sian See

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 29 September 2017

Kenyataan Akhbar
Datuk Seri S. Vell Paari

28 September 2017

Lim Kit Siang dan P. Ramasamy mesti memberi jawapan kepada soalan saya dan bukannya menjadi beremosi dan menyerang secara peribadi.

1. Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pemimpin Tertinggi DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof. P. Ramasamy kerana meluangkan sedikit masa dalam jadual mereka yang padat untuk secara peribadi menjawab kenyataan saya yang dibuat pada 26 September 2017. YB Lim Kit Siang yang memilih untuk sendiri menjawab saya membuktikan bahawa apa yang telah saya katakan itu telah memberi kesan kepada pemimpin DAP itu sehinggakan buat pertama kalinya beliau memutuskan untuk menjawab kepada saya secara peribadi. Saya amat berbesar hati, YB Lim Kit Siang.

2. YB Lim Kit Siang, mengenai nasihat anda supaya saya mendapatkan jawapan daripada ayah saya mengenai tindakan Tun Mahathir, saya tidak perlu berbuat sedemikian. Ini kerana seseorang hanya perlu Google semua kenyataan dan pendapat berharga anda mengenai Tun Mahathir sepanjang 30 tahun yang lepas dan itu sudah lebih daripada cukup. Dibawah adalah contoh beberapa kenyataan anda:

Pada tahun 2013, dalam blog anda sendiri, anda telah berkata:

Tun Dr Mahathir Mohamad adalah musuh Malaysia yang paling dasyat yang tekad mahu menghancurkan Bangsa Malaysia dan Wawasan 2020 tonggak pembinaan negara yang beliau cipta semasa 22 tahun beliau memerintah

Malah, dalam beberapa catatan blog, anda telah memanggil Dr Mahathir seorang pembohong dan bersifat perkauman.

Sumber: https://blog.limkitsiang.com/2013/04/12/23-day-countdown-to-13ge-polling-day-dr-m-in-his-post-pm-decade-has-emerged-as-the-greatest-enemy-of-his-own-bangsa-malaysia-concept-in-vision-2020-and-the-single-greatest-threat-to-malaysia/

Jadi YB Lim Kit Siang, saya tidak perlu bertanya kepada ayah saya tentang Tun Mahathir kerana anda sendiri telah menggambarkannya dengan begitu cantik sekali dan memberitahu kami bahawa beliau adalah seorang pembohong, bersifat perkauman dan adalah musuh Malaysia yang paling dasyat.

3. Mengenai Prof. P. Ramasamy pula, seperti biasa TKM II Pulau Pinang itu sengaja mengelak daripada menjawab soalan saya dan gagal untuk menjelaskan isu yang saya bangkitkan. Sebaliknya, seperti biasa beliau berterusan merungut berulang kali bagaimana MIC “tunduk” kepada UMNO dalam Barisan Nasional.

4. Prof. Ramasamy, hubungan antara UMNO, MIC, MCA dan ahli lain dalam BN bukanlah perkahwinan untuk kemudahan seperti PH. Saya bukanlah atas pagar dalam politik kerana saya percaya pemimpin saya Datuk Seri Najib Razak. Mengapa anda marah dengan itu. Malah, pemimpin tertinggi anda YB Lim Kit Siang telah menggelar Tun Mahathir sebagai korup, pembohong, bersifat perkauman dan musuh paling dasyat Malaysia selama lebih 2 dekad. Namun begitu, hari ini PH telah melihat bahawa menjadikan beliau sebagai “Top Dog Pakatan” sebagai sesuatu yang bernilai walaupun beliau pernah menjadi musuh anda.

Ini juga menunjukkan betapa tidak berprinsipnya anda semua di mana anda akan melakukan apa sahaja untuk memenangi PRU yang akan datang. Namun begitu, anda mengatakan MIC “tunduk”. Sekurang-kurangnya, DAP juga menyedihkan.

5. Kembali kepada isu utama, bolehkah YB Lim Kit Siang dan Prof. P. Ramasamy menjawab soalan penting yang saya bangkitkan berkaitan dengan kesejahteraan komuniti India di negara ini dan apakah pelan tindakan Pakatan Harapan (PH) untuk komuniti India untuk menangani isu yang melanda komuniti ini?

6. Dalam kenyataan awal saya, saya telah bertanya, apakah yang telah dikeluarkan oleh pembangkang setakat ini untuk membidas rancangan pembangunan Malaysian Indian Blueprint (MIB) dan pelaksanaan strategi Barisan Nasional ke atas komuniti India? Soalannya sangat jelas sekali.

A: apakah rancangan yang pembangkang ada untuk komuniti India dan adakah mereka lebih baik daripada rancangan yang dibuat oleh BN?
B: di manakah rancangan alternatif PH Indian Blueprint untuk menyokong dan menangani isu yang dihadapi oleh komuniti India di negara ini?
Jawapannya ialah tiada apa-apa.

7. Dalam kenyataan saya, saya telah menyatakan fakta dan angka untuk menyokong dakwaan saya bahawa Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak telah memberikan banyak bantuan kepada komuniti India hanya dalam tempoh 8 tahun perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri. Jumlahnya terpapar untuk dilihat oleh semua. Malangnya, kedua-dua Lim Kit Siang dan Prof. P. Ramasamy tidak boleh pun untuk menyediakan sebarang angka dan fakta untuk membuktikan kepada saya dan komuniti India apa yang telah PH lakukan untuk komuniti itu, tidak juga di Pulau Pinang dan Selangor.

8. Bukan itu sahaja, kedua-dua Lim Kit Siang dan Prof. P. Ramasamy menjadi begitu beremosi dan menyerang saya secara peribadi walaupun apa yang saya mahukan daripada mereka hanyalah jawapan fakta kepada soalan yang sangat mudah. Tidak guna menyerang saya secara peribadi kerana serangan ke atas saya tidak akan menutup isu yang telah saya bangkitkan itu. Saya tidak akan pernah bertindak seperti bagaimana yang telah dilakukan oleh Lim Kit Siang dan Prof. P Ramasamy iaitu dengan melakukan serangan peribadi.

Akhir sekali, saya berharap YB Lim Kit Siang dan Prof Ramasamy akan menjawab soalan-soalan yang telah saya bangkitkan ini dan tidak seperti biasa cuba untuk meminta bantuan daripada Tun Mahathir untuk menjawab isu-isu itu.

Link asal artikel:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.