Kelajuan Maksimum Kenderaan Di Jalan Raya Tol Jepun Dinaikkan Kepada 110 km Sejam

Buat pertama kalinya sejak tahun 1963, kelajuan maksimum kenderaan di jalan raya tol di Jepun akan dinaikkan dari 100 km sejam kepada 110 km sejam. Kelajuan itu adalah untuk kereta sedan biasa.

Kelajuan maksimum itu akan dinaikkan mulai 1 November 2017 sebagai percubaan untuk satu tahun dan kemungkinan akan ditetapkan 110 km per jam selepas itu.

Sekiranya pemandu melebihi kelajuan maksimum 100 km sejam, dan ditangkap oleh kamera pengesan had laju maka mereka akan didenda. Sebagai contoh, jika pemandu membawa kenderaan 165 km sejam, dia akan dikenakan denda sekurang-kurangnya RM3000 dan 3 bulan tidak boleh menggunakan kereta dan tahap ujian simulasi akan diturunkan.

Denda dan hukuman lalu lintas tersebut bergantung kepada tahap kelajuan serta risiko dan kesan yang terjadi.

Sekiranya mencederakan seseorang atau berlaku kemalangan, penalti Tu hukuman yang akan dikenakan menjadinya lagi berat.

Kenaikan kelajuan maksimum ini akan diuji pada tol persimpangan Shizuoka,tol Shin-Tomei Expressway dan persimpangan Mori Kakegawa dengan panjang kira-kira 50 kilometer.

Bagi trak berat atau kenderaan besar hanya terhad kepada maksimum 80 kilometer sejam, ianya tiada perubahan kelajuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.