Guru Sukan Ditangkap Kerana Melakukan Hubungan Seksual Bersama Dua Pelajarnya

Seorang guru yang telah mengganggu pelajarnya secara sexual ditangkap semula kerana didapati melakukan hubungan seks dengan pelajarnya lain.

Shawnetta D Reece, 40, pernah disiasat sebelum ini kerana melakukan kekerasan seksual pada seorang murid lelaki. Pada masa yang sama dia turut dituduh melakukan hubungan seksual bersama pelajar lelaki lain.

Reece yang juga menetap di Blairsville, Georgia, Amerika Syarikat (AS), pernah berdepan dengan undang-undang kerana menganiaya seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun.

Namun, polis di Georgia berkata, Recee kini ditangkap semula untuk kali kedua kerana melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar lelaki lain yang berusia 18 tahun.

Walaupun remaja 18 tahun itu bukan lagi kanak-kanak di bawah umur, namun hubungan seks keduanya itu bertentangan dengan undang-undang kerana remaja itu masih dibawah penjagaan ibu bapa.

Polis mengetahui hubungan terlarang itu semasa sedang menyiasat Recee atas kesalahan mengadakan hubungan seks dengan budak lelaki berusia 15 tahun pada tahun 2013, iaitu ketika dia menjadi guru sukan di Union County Middle School di Blairsville, Georgia.

Dia didakwa melakukan penderaan terhadap kanak-kanak dan ditangkap semula dengan tuduhan berbeza, kata polis.

Mengikut peraturan di Georgia, Recee akan dijatuhi hukuman 25 tahun penjara. Dia telah melakukan keganasan seksual, yang tidak boleh dilakukan oleh seseorang pendidik dan pengajar.

Pada masa kejadian murid itu merupakan seorang pelajar sekolah menengah. Polis meneruskan kes kedua itu ke mahkamah negeri. Laporan tidak mendedahkan sama ada Reece telah ditangkap ataupun tidak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.