Elemen Pop Retro Inspirasi Noh Salleh

PENCAPAIAN bersama band muzik, Hujan secara langsung telah banyak membuka ruang buat vokalisnya, Noh Salleh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh,32, melebarkan sayap dalam industri muzik sebagai seorang penulis lirik dan penyanyi.

Merakam kembali detik bersama kumpulan tersebut sejak tahun 2005 lalu, pelbagai momen seni berjaya dicipta kumpulan ini sekali gus, meletakkan Hujan sebagai antara kumpulan muzik disegani.

Tidak hanya di situ, sisi kerjaya muzik Noh Salleh juga telah dikembangkan terhadap penulisan serta penciptaan lagu buat penyanyi tempatan. Antaranya ialah menulis lirik dan lagu buat isterinya, Mizz Nina, Altimet, Goldfish & Blink dan Ezlynn.

Terbaru, Noh meneruskan karier secara solo menerusi single berjudul Angin Kencang. Lebih manis, lagu yang telah pun melakukan penggambaran muzik video di Jepun itu turut tercalon sebagai antara 12 finalis di Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) lalu.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.