Afdlin Masih Rasa Macam Dalam Alam Mimpi

ANAK seni, Afdlin Shauki menyifatkan gelaran Datuk yang diterimanya serta tiga orang lagi rakan baiknya iaitu vokalis Wings, Awie; pelakon, Hans Isaac dan pengacara, AC Mizal adalah sejarah dalam industri hiburan.

Afdlin Shauki menyifatkan gelaran Datuk yang diterimanya serta tiga orang lagi rakan baiknya iaitu vokalis Wings, Awie; pelakon, Hans Isaac dan pengacara, AC Mizal adalah sejarah dalam industri hiburan.

Berkongsi di Facebooknya, Afdlin berkata penganugerahan itu merupakan satu pengiktirafan terhadapnya dan rakan-rakan baiknya.

“Lewat malam ni aku berfikir. Masih rasa macam dalam alam mimpi. Tak pernah berlaku dalam sejarah industri hiburan ini apa yang berlaku pada kami.

“Tak sangka yang empat orang sahabat satu angkatan dapat mencapai kurnia ini sewaktu kami semua masih hidup, I am so proud of my brothers,” kongsinya di Facebooknya.

Afdlin Shauki atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan merupakan seorang daripada 33 penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat Negeri Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Rabu lalu.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan istiadat itu.

Sementara itu, Awie, Hans Isaac dan Ac Mizal terlebih dahulu menerima gelaran itu.
Dalam pada itu, Afdlin juga menegaskan bahawa beliau tidak peduli dengan kata-kata orang yang mungkin tidak senang dengan apa yang diterimanya.

“Peduli apa orang nak kata. Baju tu memang kami beli. Tapi kurnia kami tidak. Kurnia ini bukan kami cari,” katanya.

Katanya lagi, “Kami hanya buat yang terbaik dalam hidup kami untuk memberi nafkah terbaik untuk keluarga kami,”

“Tapi dalam perjalanan itu, ada manafaat juga yang di berikan kepada masyarakat,” katanya.

Justeru itu beliau menzahirkan ucapan  terima kasih buat  pihak istana yang memberi pengiktirafan kepada mereka sebagai anak seni, usahawan dan sukarelawan.

“ALLAH saja tahu apa yang kita sudah buat dengan bakat, tenaga dan harta kami selama ini. Kami bermula dari bawah degan penuh kesusahan,” jelasnya.

Katanya lagi, beliau juga berharap agar penganugerahan ini dapat memberi semangat kepada orang lain.

“Semoga kami dapat memberi perangsang kepada sesiapa sahaja yang tak percaya yang seorang budak flat Sri sabah boleh merubah hidup keluarganya dan menjadi pemangkin perubahan dalam industri atau masyarakat sekelilingnya,” katanya.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.