Aeril Zafrel, Wawa Zainal Dikecam Tunjuk Isyarat Lucah, Bela Kuku

Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dikecam pengikut Instagram (IG) selepas memuat naik gambar yang didakwa kurang sesuai dan tidak senonoh.

Gambar yang memaparkan pasangan suami isteri tersebut meniru gaya usahawan kosmetik Nur Sajat dan Datuk Seri Vida itu dikecam sesetengah pengikut IG Wawa kerana Aeril didakwa menunjukkan isyarat lucah.

Sementara itu, Wawa pula ditegur pengikutnya kerana membela kuku panjang dan dikatakan tidak sesuai dengan penampilan seorang muslimah.

Bagaimanapun ada pengikut yang membela Wawa dan Aeril pada ruangan komen entri tersebut dan meneka gaya siapa ditiru pasangan sama cantik sama padan itu, seperti memetik Gempak.

Ada juga pengikut membela Aeril dan berpendapat dia tidak tahu isyarat jari yang ditunjukkan lucah serta Wawa sudah memaklumkan dia memakai kuku palsu di IG storynya sebelum foto tersebut dimuat naik.

@dyranoornadirah: @cikpuanbear dia pakai kuku palsu laa sebelum @w4w4_zainal post gambar ni dia dah letak gambar kuku kat insta story beritahu dia guna kuku palsu .. tak tahu cerita terus nak kecam.

@yana_pandorianz: rileks la.. Dia pun mungkin tak tau tu lambang lucah.. Dia just tunjuk style sajat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.