Adakah Pakatan Harapan Sokong Pejuang Hak Kebebasan Murtad, Mustafa Akyol?

Pejuang idea ‘kebebasan hak’ janggal, Mustafa Akyol, dikatakan mendapat sokongan Pakatan Harapan selepas beberapa pemimpin pakatan berkenaan menyatakan kekecewaan diatas penahanan penulis dari Turki itu oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur.

Kekasalan tersebut dinyatakan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah yang menegaskan bahawa Mustafa “tidak pernah memberi pandangan bertentangan Islam.”

Ianya disambut oleh Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir, yang merasakan malu ekoran penguatkuasa Malaysia memberkas dan mengaibkan ‘tokoh’ dihormatinya itu sambil menegaskan bahawa Malaysia “bukan negara komunis”.

Justeru, penganalisis politik, Dr Kamarul Yusof dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berpendapat bahawa sokongan diberikan oleh kedua-dua pemimpin pembangkang ini mencerminkan sokongan Pakatan Harapan terhadap pejuang ideologi janggal ini.

Kata Dr Kamarul, Mustafa memperjuangkan hak kebebasan umat Islam keluar daripada agama Islam selain memperjuangkan kebebasan umat Islam melakukan dosa disamping kebebasan mentafsir semula al-Quran.

“Kenyataan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan yang secara terang-terang menyebut nama dan pendirian Pakatan Harapan, yang diperkukuhkan lagi oleh kenyataan Setiausaha Agung AMANAH, mengenai isu Mustafa Akyol ini adalah bukti jelas yang mengesahkan tanggapan banyak pihak sebelum ini bahawa Pakatan Harapan adalah berfahaman liberal.

“Sokongan terhadap Mustafa Akyol adalah sokongan ke atas tindakan beliau memperjuangkan kebebasan untuk umat Islam keluar daripada Islam selain memperjuangkan kebebasan untuk umat Islam melakukan dosa, keperluan untuk umat Islam menerima negara sekular serta keperluan untuk umat Islam membuat dan menerima tafsiran semula al-Qur’an,” katanya dipetik satu kenyataan.

Memetik Bernama, Mustafa diberkas oleh JAWI selepas menerima aduan orang ramai mengenai penglibatannya dalam majlis meja bulat bertajuk “Does Freedom of Conscience Open The Floodgate to Apostasy?”

Majlis berkenaan melibatkan Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM, Dr Mohd Farid Mohd Shahran, Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, dan Pensyarah Kanan UIAM, Dr Maszlee Malik, selain Mustafa sendiri.

Dr Maszlee walaubagaimanapun tidak dapat hadir dan digatikan dengan Saifuddin.

Mustafa menerusi penulisan bukunya, “Islam Without Extremes: A Muslim Case For Liberty (Islam Tanpa Keekstreman: Berhujah Untuk Kebebasan) menyatakan umat Islam perlu diberi kebebasan melakukan dosa.

Ini kerana menurut Mustafa, al-Qur’an hanya menghukum jenayah yang melibatkan pelanggaran hak-hak manusia sahaja, iaitu pencurian, rompakan, tuduhan yang melulu kepada penzina dan zina.

Mustafa juga menyifatkan al-Quran membenarkan umat Islam murtad kerana tidak meyebut tentang hukuman murtad disamping mentafsirkan wujud ayat al-Quran yang mencadangkan hukum menolak Islam adalah pilihan bebas. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.