Zila AF4 Bekas Isteri Along Cham Mengaku Salah Khalwat

KUALA LUMPUR – Bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Zila Seeron dan pasangannya, Mohd. Khairul Azizi Burhanudin masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkhalwat, bulan lalu.

 

Hakim Syarie, Azzeman Omar menjatuhkan hukuman tersebut dan memerintahkan mereka dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.

 

Zila atau nama penuhnya Nur Azilah Seeron, 28, dan Mohd. Khairul, 32, yang bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta masing-masing membayar denda berkenaan.

 

Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah unit apartment beralamat A-15-2 Apartment Jalil Damai, Jalan 14/155C Bandar Bukit Jalil, di sini antara pukul 6.55 pagi dan 7.13 pagi, 13 Ogos lalu.

 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) dan (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 iaitu berkhalwat yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dipenjarakan sehingga tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

 

Pada 29 Ogos lalu, Zila telah diceraikan talak satu oleh pelakon dan pelawak terkenal Along Cham di Mahkamah Rendah Syariah, Subang Bestari daerah Petaling. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.