Wang Kertas Bertandatangan Gabenor Baharu Diedar Hari Ini

KUALA LUMPUR – Wang kertas Ringgit Malaysia dengan tandatangan Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim akan diedarkan secara berperingkat mulai hari ini, bermula dengan denominasi RM50, menurut Bank Negara Malaysia.

 

Wang kertas ini adalah serupa dengan wang kertas terkini yang berada dalam edaran, kata bank pusat dalam satu kenyataan semalam.

 

Katanya, wang kertas dengan tandatangan bekas Gabenor kekal sebagai mata wang sah diperlakukan dan akan terus diedarkan dalam pasaran bersama wang kertas baharu. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.