UM Nafi Bagi Anugerah Dr pada Azizan

KUALA LUMPUR – Hari ini pihak Universiti Malaya mengeluarkan satu kenyataan media yang menyangkal dakwaan bahawa UM telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan.

 

Menurut kenyataan tersebut, pihak universiti tidak pernah menganugerahkan status tersebut kepada beliau dan berharap kenyataan media ini dapat menjawab kekeliruan berkenaan isu tersebut.

 

“Universiti Malaya (UM) ingin menarik perhatian umum berhubung status  Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan yang didakwa dianugerahkan oleh pihak UM kepada Encik Azizan Osman sepertimana yang dibangkitkan di laman-laman media sosial.

 

“Pihak Universiti dengan ini menegaskan bahawa kami tidak pernah menganugerahkan gelaran  Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Encik Azizan Osman.

 

“Semoga penjelasan ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat berkaitan dakwaan tersebut,” tulis kenyataan media tersebut.

 

Terdahulu, Dr azizan didakwa menerima  Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan dan laman Web Richwork telah memuatnaik status pencapaiannya yang menunjukkan bahawa beliau memperoleh Ph.D (Hon) Entrepreneurship (UM). -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.