Rahman Dahlan Sifatkan Tun M Bukan Negarawan

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan menunjukkan beliau sebagai negarawan, malah telak bertindak mengaibkan Malaysia.

 

Abdul Rahman yang merupakan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional berkata, menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir juga menampakkan pemimpin itu semakin terdesak dan tidak waras.

 

“Kejayaan lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ke Jerman minggu ini membuktikan betapa tersasarnya dakwaan Tun Mahathir kononnya Malaysia menuju kegagalan.

 

“Mungkin untuk menutup rasa malu itu, serangan Dr Mahathir kini semakin menjelikkan. Beliau bukan sama membandingkan Perdana Menteri dan semua yang berada dalam kerajaan sebagai Nazi, tetapi melakukannya ketika Perdana Menteri berada di Jerman,”katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

 

Abdul Rahman berkata, Jerman telah menebus masa silamnya dan membina demokrasi yang menjadi contoh kepada banyak pihak. Justeru, tidak wajar untuk menghina sebuah negara dan mengungkit segala sejarah lampaunya yang memeritkan semata-mata untuk mendapat kelebihan politik.

 

“Sekali lagi, Tun Mahathir menunjukkan beliau bukan negarawan, tetapi mengaibkan Malaysia. Kenyataannya semakin terdesak dan tidak waras.

 

“Adalah amat memalukan melihat seorang bekas Perdana Menteri memusnahkan legasi sendiri dan mendedahkan dirinya sebagai seorang yang kecewa dan pendendam. Beliau marah kerana perancangannya gagal untuk mengguling Kerajaan yang dipilih secara demokratik supaya anaknya dapat menjadi Perdana Menteri.

 

“Baik bekas Perdana Menteri mahu pun yang masih memegang jawatan, mereka tidak sewajarnya berada dalam kancah politik picisan. Bagaimanapun, Tun Mahathir kelihatan berasa amat selesa berada di situ,”katanya.

 

Tambahnya, Mujurlah Tun Mahathir tidak lagi memimpin Malaysia. Tun Mahathir didakwa telah menimbulkan kebencian dan menyinggung banyak perasaan di Jerman – negara yang membawa kumpulan pelabur Eropah terbesar ke Malaysia tahun lalu.

 

“Pelaburan keseluruhan Jerman bernilai AS$11.4 bilion. Perdana Menteri Malaysia menjadi tetamu kehormat Canselor Angela Merkel, bersama berusaha ke arah meningkatkan kepentingan ekonomi dan keselamatan Malaysia serta rakyatnya,”ujarnya- SuaraTV.

 

One thought on “Rahman Dahlan Sifatkan Tun M Bukan Negarawan

  • September 30, 2016 at 12:07 am
    Permalink

    Cukup3la tu Rahman.Jangan banyak sangat becakap sebab nanti banyak pulak autanya dari fakta.Kan tambah dosa aje.Kurangkan cakap tapi lebihkan kerja.Sekarang ini menteri Malaysia ni dah macam joker dimata rakyat.Kesian.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.