Pelajar Hilang Di Perancis Ditemui Selamat

SUNGAI PETANI – Mahasiswi Malaysia yang didakwa hilang di Rouen, Perancis, Nurshakinah Naim, 19, ditemui selamat, selepas pulang ke penginapannya di Parc De La Durdent, Mont Saint Aignan.

 

Ibunya, Nor Halizah Ahmad, 44, berkata, berita menggembirakan itu dimaklumkan Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Modal Insan, Ruziah Shafei yang hadir menziarah keluarga itu kira-kira pukul 3 petang tadi.

 

 
“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kerana dia selamat. Namun setakat ini, kami masih belum berpeluang untuk bercakap kerana Nurshakinah dikatakan masih berada di balai polis untuk memberi keterangan.

 

 
“Walaupun sudah ditemui, saya dan suami, Naim Awang, 46, akan tetap ke Perancis Sabtu ini. Di sana, kami akan dapatkan penjelasan mengenai apa yang berlaku dan membawanya pulang untuk memberi ruang dia berehat,” katanya, memetik sebuah portal.

 

 
Sementara itu Kementerian Luar dalam satu kenyataan petang ini memberitahu wakil Kedutaan Besar Malaysia di Perancis kini berada di Rouen, Normandy untuk bertemu pelajar tersebut dan membantu dalam urusan yang sepatutnya dengan pihak berkuasa tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.