Bunuh Bapa Sebelum Lepas Tembakan Di Sekolah

CAROLINA – Seorang remaja membunuh bapanya sebelum melepaskan tembakan di sebuah sekolah rendah yang mengakibatkan dua pelajar dan dua guru cedera.

 

BBC melaporkan, menurut polis, ketika serangan terdapat kira-kira 300 orang murid yang mana dua daripadanya terkena tembakan di kaki dan seorang lagi di bahu.

 

 

Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan di Townville Emementary Schol di utara di sini.

 

 

Pasukan polis kemudian memindahkan murid-murid di sebuah gereja sebelum diserahkan kepada ibu bapa mereka.

 

 

Terdahulu, jarak antara rumah suspek dan sekolah kira-kira dua batu.

 

Sementara itu, polis berkata kejadian tersebut tidak mempunyai kaitan dengan serangan pengganas atau rasis.

 

Media melaporkan, semua ibu bapa menerima mesej daripada pihak sekolah tentang serangan terbabit dan meminta mereka datang untuk mengambil anak masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.