Album Adele ’25’ Capai Status Berlian

NEW YORK – Penyanyi yang berbakat besar, Adele yang membuat kemunculan semula nyata tidak mensia-siakannya apabila album terbarunya ’25’ menerima status berlian dalam tempoh kurang setahun.

 

Album yang dilancarkan pada november lalu memaparkan lagu-lagu popular seperti ‘Hello’, ‘send my love’ dan when ‘we were young’.

 

Adele yang juga pemenang Grammy menerima sebuah plak untuk pencapaian status berlian tersebut di Madison Square Garden disini.

 

Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) menganugerahkan plak berlian kepada album dan lagu yang mencapai 10 kali ganda status platinum iaitu bersamaan jualan 10 juta album atau lagu namun ia berubah sejak RIAA mula memasukkan penstriman daripada YouTube, Spotify dan perkhidmatan muzik digital lain.

 

Menurut Nielsen Music, ’25’ telah terjual lebih 9 juta salilan di Amerika Syarikat.

 

Terdahulu, Album Adele ’21’ turut menerima anugerah yang sama.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.