Video: Wanita Berlakon Kena Sampuk, Elak Ditahan Imigresen

Kuala Terengganu – Seroang wanita berpura-pura terkena sampuk dalam satu serbuan yang dilakukan oleh pihak imigresen terhadap restorannya.

 

Wanita berusia 50an ini mula menunjukkan reaksi kononnya disampuk apabila salah seorang pekerjanya, warganegara Thailand, ditahan pihak imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

 

Dia kelihatan gelisah setelah melihat anggota penguatkuasa melakukan pemeriksaan ke atas pekerjanya.

 

 

Keadaan menjadi kecoh seketika apabila wanita itu tiba-tiba jatuh dan terus meracau sebelum dapat ditenangkan 15 minit kemudian.

 

Hasil pemeriksaan mendapati, pekerja warga asing ini hanya menggunakan pas perjalanan sosial untuk bekerja di restoran.

 

Operasi yang bermula pukul 10 malam tadi diketuai Ketua Bahagian Peguatkuasa Imigresen Terengganu, Ahmad Salihin Salleh dengan kekuatan 15 anggota.

 

Ahmad Shalihin Salleh berkata ketiga-tiga wanita berusia antara 30 dan 40 tahun itu dikesan melakukan kesalahan mengikut Akta Peraturan Imigresen 39 (b) kerana melanggar syarat permit dan pas kerja.

 

Katanya dalam operasi yang bermula pukul 9 malam dan berakhir pukul 2 pagi itu, pihaknya telah menyerbu empat lokasi membabitkan kedai makan dan rumah kongsi di tapak pembinaan.

 

“Sepanjang operasi itu kita telah menahan tiga wanita, 16 lelaki warga Myanmar dan seorang lelaki warga Bangladesh berumur antara 18 dan 52 tahun kerana melakukan pelbagai kesalahan Imigresen,” katanya. ketika dihubungi di sini Selasa.

 

Menurut Ahmad Shalihin, pihaknya juga turut mengeluarkan dua Borang 29 (Saman Saksi) masing-masing kepada seorang warga tempatan dan lelaki warga Bangladesh supaya hadir ke bahagian penguatkuasa bagi membantu siasatan.

 

Jelasnya kesemua PATI itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

 

Operasi tujuh jam membabitkan 14 pegawai dan anggota, telah melakukan pemeriksaan ke atas 52 orang.

 

Beliau berkata mereka yang ditahan telah dibawa ke Depoh Tahanan Sementara Imigresen di Ajil untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.