Video: PPIM Mahu Agensi Kerajaan Segerakan Bayaran Kepada Peniaga Kecil.

KUALA LUMPUR – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nazim Johan mahu agensi kerajaan segerakan bayaran kepada peniaga kecil.

 

Beliau berkata, antara yang paling banyak aduan yang diterima adalah bayaran lewat daripada agensi kerajaan.

 

Katanya, walaupun pihak perbendaharaan telah menentukan 2 minggu untuk bayaran dijelaskan namun pihak agensi tidak berbuat demikian.

 

“Ini memang dahsyat. Bukan dua minggu, empat minggu tetapi berpuluh-puluh minggu bayaran tak dijelaskan kadang-kadang sampai setahun pun ada.

 

“Jadi peniaga-peniaga Melayu ni dahlah duit tak ada. Duitpun mungkin tak cukup. Bila ditarik bayaran sebulan sampai dua tiga bulan, mula cari alongla. Sewa semua perlu dibayar, kereta nak kena tarik sekolah, anak nak makan sewa rumah semua.

 

“Kita melihat kelewatan membayar ini salah satu punca ramai peniaga Melayu gulung tikar,”katanya di sidang media di Jalan Tun Ismail, pagi tadi.

 

Nadzim juga memohon kerjasama dari semua yang berkaitan supaya memudahkan urusan terutamanya dari segi pembayaran,”katanya.

 

Awal september lalu, PPIM mahu SKMM mencari kaedah membanteras sepenuhnya isu judi online yang semakin berleluasa. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.