Video: Perompak Lepaskan Tembakan Sebelum Melarikan Diri

Butterworth – Empat orang lelaki yang bersentaja dua pucuk pistol dilaporkan merompak sebuah kedai emas di Jalan Chai Leng Park, disini dalam satu kejadian pagi tadi.

 

Menurut laporan awal, tiga orang suspek lelaki dilaporkan meluru masuk ke dalam kedai emas tersebut manakala seorang rakannya mengawal keadaan di luar kedai.

 

Mereka yang dianggarkan berumur sekitar 20-30 an itu kemudiannya memecahkan cermin pameran dengan mengunakan tukul besi sebelum melarikan barang-barang kemas yang ada.

 

 

Salah seorang saksi yang berada tidak jauh dari tempat kejadian sempat merakam aksi rompakan tersebut sebelum memuat naik rakaman tersebut di laman Facebook.

 

Berdasarkan rakaman tersebut, selain pistol suspek turut mengunakan kayu besbol sebagai senjata.

 

Melalui klip video berdurasi 1:09 saat itu, salah seorang suspek turut dilihat melepaskan satu das tembakan ke udara dan dipercayai berutjuan untuk menakutkan orang ramai yang berada di tempat kejadian.

 

Kesemua mereka kemudiannya melarikan diri dengan mengunakan dua buah motosikal.

 

Kerugian dianggarkan lebih kurang RM600,00. –

 

SuaraTV masih menunggu pengesahan dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kejadian ini. – SuaraTV

 

 

 

 

LAPORAN LANJUT MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.