Video: Pemuda Arab Dikecam, Guna Kereta Ketika Melontar Haji

Seorang pemuda Arab dikecam ramai, apabila tersebar video yang memaparkan aksi pemuda tersebut melontar haji sambil menggunakan kereta.

 

Rata-rata menyelar tindakan pemuda itu kerana dikatakan mengganggu jemaah lain untuk melakukan ibadah tersebut.

 

Menerusi rakaman video yang diambil, pemuda yang melontar dan sedang membaling batu itu tidak disenangi jemaah yang berada disitu.

 

Bagaimanapun insiden dan aksi berkenaan tidak dirakam.

 

Kebelakangan ini ramai yang mengambil mudah dan mengikut pemikiran sendiri tanpa mencontohi bagaimana bentuk sebenar pengibadahan yang diterima. Ini menyebabkan ramai yang melakukan kekhilafan secara sengaja atau tidak sengaja.

 

Sebelum ini, satu rakaman video seorang jemaah melakukan saie dari safa ke bukit marwah dengan menggunakan papan peluncur elektonik turut mengundang kontroversi serupa. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.