Mahkamah Kekal Sabitan Kesalahan Dr Khir

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan yang bersidang sebentar tadi mengekalkan hukuman penjara 12 bulan ke atas bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.

 

Beliau sebelum ini disabitkan kesalahan berkaitan pemilikan hartanah yang dikatakan bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta kira-kira lapan tahun lalu.

 

Panel lima hakim tersebut dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin turut memutuskan menolak tawaran khidmat masyarakat menggantikan hukuman penjara yang dikemukakan peguam Tan Sri Dato’ Sri Dr. Muhammad Shafee Bin Muhamad Abdullah yang mewakili Dr Khir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.