SPRM akan panggil lebih ramai saksi skandal judi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lebih ramai saksi akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyelesaikan skandal perjudian membabitkan rasuah termasuk kepada beberapa orang kenamaan.

Malah keterangan beberapa ahli politik termasuk individu berprofil tinggi dikatakan akan diambil SPRM berhubung siasatan berkenaan. Setakat ini, 50 saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan.

Utusan melaporkan, satu sumber memberitahu, siasatan menyeluruh masih berjalan ketika ini termasuk menjejaki transaksi kewangan membabitkan 14 individu termasuk Tan Sri dan Datuk Seri yang ditahan SPRM sebelum ini.

Sumber berkata, SPRM juga dalam tindakan untuk mengambil keterangan beberapa saksi penting dalam kes itu termasuk mereka yang kini dipercayai berada di luar negara.

“Fokus siasatan SPRM ketika ini adalah mengumpul maklumat secara terperinci bagi melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan.

“Tidak tolak kemungkinan, siasatan yang dijalankan SPRM itu akan ada ramai saksi pelbagai peranan yang akan dipanggil untuk diminta memberi penjelasan,” kata sumber itu ringkas.

Semalam akhbar itu melaporkan, akaun individu dan syarikat bernilai RM40 juta dibekukan SPRM susulan penahanan 13 individu termasuk Tan Sri dan Datuk Seri berhubung siasatan pemberian rasuah oleh syarikat perjudian itu.

Turut ditahan seorang lagi lelaki berusia 68 tahun kelmarin dan menjadikan mereka direman iaitu 14 orang.

SPRM ketika ini sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai berada di luar negara sejak seminggu lalu bagi membantu siasatan sama.

Nama individu berkenaan mungkin didedahkan SPRM sekiranya mereka masih enggan tampil membantu siasatan.

Selain itu, SPRM akan meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan mereka.

Tindakan itu akan diambil SPRM memandangkan individu tersebut memberikan pelbagai alasan remeh iaitu perlu berada di luar negara kerana menghadiri mesyuarat bagi melengahkan siasatan.

Daripada maklumat diperoleh, individu berkenaan dipercayai telah berada di negara jiran dan sebuah negara Eropah sejak seminggu lalu.

Sebelum ini akhbar itu mendedahkan beberapa orang kenamaan termasuk pemimpin politik dikesan SPRM menerima dana daripada beberapa syarikat perjudian untuk digunakan ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), PRU15 dan pada pilihan raya negeri (PRN) enam negeri baru-baru ini.

Dana bernilai RM6 juta hingga RM7 juta itu dipercayai diterima orang kenamaan dan pemimpin politik berkenaan selepas syarikat perjudian ter­sebut diberi lesen mengoperasikan aktiviti mesin slot di kelab persendirian dan persatuan dimiliki syarikat pengendali mesin judi.

Perkara tersebut terbongkar selepas 13 individu termasuk seorang Tan Sri ditahan SPRM menerusi operasi khas pada Rabu lalu.

Kesemua yang ditahan berusia 30 hingga 79 tahun dan mereka membabitkan pemilik syarikat pembekal mesin slot judi.

Siasatan SPRM mendapati, selain dana bagi tujuan politik, syarikat judi tersebut juga dikatakan dipaksa menaja pelbagai aktiviti membabitkan VIP dan pemimpin politik berkenaan seperti bermain golf di kelab-kelab mewah.

SPRM juga tidak menolak kemungkinan terdapat bayaran tertentu turut dibuat syarikat-syarikat tersebut kepada pihak berkuasa di negara ini secara bulanan agar operasi judi yang dijalankan lancar dan tidak diganggu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat