MCMC bimbang peningkatan berita kurang bertanggungjawab

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata terdapat peningkatan membimbangkan dalam penerbitan berita yang kurang bertanggungjawab, kurang peka dan kurang tepat, sejak kebelakangan ini.

Suruhanjaya itu berkata, terdapat organisasi media yang menerbitkan kandungan yang tidak tepat dan mengelirukan, selain ada yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita mengelirukan atau dengan sengaja menyiarkan kandungan kurang tepat.

Justeru, MCMC menegaskan, pihaknya bertanggungjawab dalam memastikan platform dalam talian tidak diguna pakai untuk sebarang pelakuan atau percubaan melakukan pelanggaran di bawah undang-undang bertulis Malaysia, termasuk tindakan menyebarkan berita palsu, kandungan yang jelik dan berunsur fitnah.

Ia berpandukan peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), yang membolehkan MCMC menjalankan fungsinya.

“Apabila tumpuan diberi kepada kandungan media yang dijana sendiri pengguna menarik perhatian, etika kewartawanan kini seolah-olah dipandang enteng dan adalah amat mencabar untuk membezakan kandungan yang berlandaskan fakta atau sebaliknya.

“Senario ini memberi ancaman kepada keharmonian masyarakat berikutan maklumat yang mengelirukan disebar dengan mudah dan menimbulkan naratif yang kurang tepat.

“Bagi memerangi isu ini, MCMC kekal berpendirian teguh dalam melaksanakan tugas dan fungsi penguatkuasaannya bagi menjaga integriti maklumat dan keharmonian masyarakat,” kata agensi itu dalam kenyataan, hari ini.

MCMC menjawab kebimbangan yang disuarakan lapan veteran media tempatan, hari ini apabila mendakwa kebanyakan kandungan portal berita yang dilabelkan sebagai ‘menyinggung’ dan hanya pendapat yang dianggap kritikal terhadap kerajaan, disekat SKMM.

Mereka berkata, MCMC sejak akhir-akhir ini dilihat sering memanggil pengamal media untuk memberikan penjelasan mengenai kandungan yang dilaporkan menerusi portal berita dan laman dalam talian masing-masing.

MCMC berkata, pihaknya juga mengambil inisiatif untuk mengadakan beberapa sesi dialog dan mesyuarat bersama organisasi media bagi membincangkan isu berbangkit. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat