Ahli PPBM Kata PH Akan Kalah PRU15 Akan Dikenakan Tindakan Disiplin – Mahathir

PUTRAJAYA – PPBM akan mengambil tindakan terhadap ahli parti yang mengeluarkan kenyataan bahawa Pakatan Harapan akan kalah sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.

Pengerusi Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan ahli parti itu secara tidak langsung merosakkan imej PH, yang ketika ini berusaha untuk membaik pulih negara selepas mengambil alih Putrajaya dari Barisan Nasional (BN).

“Mereka yang pegang jawatan perlu berhati-hari buat kenyataan. Kalau mereka buat pengumuman yang merosakkan imej parti, maka tindakan akan diambil terhadap mereka.

“Kita akan adakan penyelidikan dan kemukakan kepada majlis disiplin, kemudian buat laporan kepada majlis tertinggi untuk diambil tindakan seperti yang dicadangkan,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Ditanya adalah beliau merujuk kepada Rais Hussin, susulan kenyataan di sebuah forum di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia semalam, Mahathir menjawab: “Ada kemungkinan”.

Sementara itu, Mahathir turut menjelaskan partinya tidak ada jawatan “pakar strategi”.

“Saya tidak tahu siapa yang melantik siapa. Itu bukan lantikan rasmi. Itu gelaran yang diberikan oleh diri sendiri,” katanya.

Semalam, Rais memberi amaran kepada PH yang menurutnya tidak lagi mendengar suara rakyat dan boleh menyebabkan kekalahan dalam melawan Umno-PAS jika PRU diadakan dalam masa terdekat.

Rais di forum bertajuk “Pilihan raya-pilihan raya Kecil Pasca PRU-14: Implikasi pada PRU-15” berkata, PH ada 3 setengah tahun lagi untuk menunaikan janji-janjinya dan melaksanakan projek-projek yang akan memanfaatkan rakyat.

Mahathir bagaimanapun berkata, tindakan disiplin terhadap ahli yang mengkritik parti tidak bermakna PPBM sudah menutup ruang untuk ahli menyuarakan pandangan.

“Beri ulasan boleh tetapi jangan kata parti ini akan kalah. Itu merosakkan imej parti,” katanya. – FMT

Lain-lain berita;

Mahathir Kata Tiada, Rais Hussin Kata Dah Lama Dilantik Ketuai Biro Strategi PPBM

Kena Mula Dengar Suara Rakyat atau PH Akan Kalah PRU15 – PPBM

Rozana dan Marina Mahathir Kecewa Gagal Cabar Fatwa Isytihar SIS Sesat

Anwar Tak Tunai Permintaan Punca Kami Tak Hadir Mesyuarat PKR – Zuraida

Rakyat Hong Kong Dialu-Alukan Tinggal Di Malaysia – Ketua SU Kementerian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.