Jaringan Ronaldo Dipilih Sebagai ‘Jaringan Terbaik UEFA’

SEPAKAN gunting Cristiano Ronaldo ketika perlawanan suku akhir Liga Juara-juara Eropah, diundi sebagai jaringan terbaik musim ini oleh UEFA.com.

Jaringan itu menerima sejumlah 200,000 undian daripada keseluruhan 346,915 undian yang diterima.

Ronaldo menggantikan rakan sekelabnya, Mario Mandzukic yang menang jaringan terbaik tahun lalu.

Sementara bagi tahun-tahun terdahulu, jaringan terbaik dimenangi Lionel Messi.

Ronaldo, pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or dalam reaksi kemenangan, mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memilih jaringan beliau.

Jaringan terbaik di tempat kedua dimenangi oleh Dimitri Payet menerusi gol ketika pasukannya Marseille menewaskan RB Leipzig.

Tempat ketiga pula jatuh kepada Eva Navarro, ketika perlawanan akhir bola sepak wanita Eropah bawah 17 tahun Mei lalu.

Sejumlah 11 finalis dipilih pemantau teknikal UEFA bagi tempoh 12 bulan kategori berkenaan.

Hanya jaringan yang didaftar dengan kelab UEFA atau perlawanan antarabangsa layak dipertimbangkan. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.