Chef Wan Berang Foto Berpakaian Wanita Tersebar Di Media Sosial

KUALA LUMPUR — Cef terkenal Datuk Redzuawan Ismail berang foto lamanya berpakaian wanita disebarkan semula di media sosial.

Popular disapa Cef Wan sahaja, beliau mengugut mahu menyaman individu tersebut, yang disebutnya “puaka”, selain membuat aduan polis.

“Saya boleh buat laporan polis dan saman dia nanti,” coretnya di Instagram peribadinya seperti dilapor Sinar Harian.

“Dia lupa ketua polis negara semua boleh cari di lubang cacing mana pun si puaka ini jika hendak cari pasal dengan saya.”

Jelasnya, fotonya itu daripada acara “drag queen”, atau lelaki berlagak wanita, yang disertainya sehingga menang tempat ketiga 13 tahun lalu. – MalayMail

“Saya datang dengan anak saya di sebelah tetapi telah dipotong gambarnya. Saya menang top 3 lagi,” coretnya lagi. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.