Wahai Cermin Ajaib!

Wahai cermin ajaib, siapakah rakyat Malaysia yang terbaik di antara kami semua?

Orang yang anda janji akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri anda apabila anda menjadi Perdana Menteri.

Isteri saya?

Bukanlah, bodoh, Tengku Razaleigh Hamzah. Anda berjanji akan melantik beliau sebagai Timbalan anda apabila anda menjadi Perdana Menteri.

Tapi, kenapa beliau?

Kerana Tengku Razaleigh juga keturunan Raja, sama seperti Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri yang kedua, Abdul Razak Hussein, dan Perdana Menteri semasa, Hussein Onn, manakala anda bukan berketurunan Raja tetapi dari keturunan pendatang India. Jadi apabila anda menjadi Perdana Menteri dan anda melantik Tengku Razaleigh sebagai Timbalan anda, beliau akan menjadi lebih baik daripada anda dan orang ramai akan lebih menyayanginya berbanding dengan anda.

Wahai cermin ajaib, siapakah rakyat Malaysia yang terbaik di antara kami semua?

Timbalan Perdana Menteri anda, Musa Hitam. Beliau seorang yang ceria, suka berseronok dan pergi ke disko dan kelab malam, dilihat bersama-sama dengan artis antarabangsa, dan orang Melayu memandang beliau seperti seorang pahlawan Melayu sejati dan wira dan bukan pseudo-Melayu seperti anda. Tambahan lagi, Musa seorang yang menyeronokkan dan tidak membosankan seperti anda.

Wahai cermin ajaib, siapakah rakyat Malaysia yang terbaik di antara kami semua?

Timbalan Perdana Menteri anda, Anwar Ibrahim. Beliau memberikan ucapan yang sangat menarik yang mana malah boleh membuatkan pemidato seperti Adolf Hitler dan Fidel Castro kagum. Beliau boleh memetik ayat daripada buku-buku yang tidak pernah dibacanya. Beliau mencipta perkataan baru dalam setiap ucapannya yang diserap oleh rakannya dalamm Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai perkataan terbaru dalam kamus Bahasa Malaysia. Beliau mempunyai keupayaan untuk berucap kepada kedua-dua orang Arab dan orang Yahudi Amerika dan membuatkan mereka percaya bahawa beliau adalah 100% bersama mereka. Beliau dilihat sebagai bapa anti rasuah sejati sementara rakan-rakannya menjadi jutawan dan anda dilihat sebagai korup.

Wahai cermin ajaib, siapakah rakyat Malaysia yang terbaik di antara kami semua?

Abdullah Ahmad Badawi. Orang ramai melihat beliau sebagai Perdana Menteri yang paling bersih sejak Merdeka. Beliau menempa kemenangan pilihan raya terbesar dalam sejarah Malaysia hanya 4 bulan selepas mengambil alih sebagai Perdana Menteri. Beliau seorang yang kuat agama dan malah boleh menjadi imam untuk memimpin jemaah dalam solat. Datuknya merupakan salah seorang pengasas PAS jadi malah PAS juga menyukainya. Beliau seorang yang merendah diri, lembut ketika berbicara, tidak pernah memburuk-burukkan orang lain, tidak bongkak, tidak akan menyerang balik sesiapa yang menyerangnya, dianggap sebagai ulama’… semuanya yang bertentangan dengan anda. Oh, dan satu lagi, menantu lelakinya, bukan anak lelaki anda, akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang akan datang.

Wahai cermin ajaib, siapakah rakyat Malaysia yang terbaik di antara kami semua?

Perdana Menteri Najib Razak. Beliau bukan seorang yang kasar atau seorang antagonis. Beliau tidak sengaja mencari masalah dengan semua orang di dunia ini. Beliau dilihat sebagai orang bangsawan dan rapat dengan Raja-raja. Beliau seorang orang Melayu sejati daripada stok pahlawan Bugis. Beliau seorang yang kacak dan ramai wanita yang terpikat dengannya. Beliau lebih petah bertutur bahasa Inggeris berbanding anda. Beliau boleh membunuh musuh politiknya dalam diam dan sambil tersenyum dan tidak seperti anda yang begitu bising dan kasar dan membunuh tanpa kemahiran.

Wahai cermin ajaib, siapakah rakyat Malaysia yang terbaik di antara kami semua?

Perdana Menteri Najib Razak yang merupakan seorang yang…

Baiklah, cukuplah…walaupun dengan 1MDB beliau masih yang terhebat. Matthias! Di manakah anda? Khairuddin! Mana semua orang bodoh ini?

Tulisan asal oleh:
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 28 Ogos 2017

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/mirror-mirror-on-the-wall-3/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.