KPM Nafi Keluar Surat Arahan Tutup Sekolah Akibat Jerebu

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) nafi mengeluarkan arahan tutup semua sekolah di ditutup esok akibat jerebu yang melanda negara.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi akaun twitternya berkata, penyebaran maklumat palsu itu adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab yang telah mengelirukan masyarakat.

 
“Saya menafikan yang KPM ada mengeluarkan kenyataan media ini. Kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab sebar info palsu tentang jerebu sekali gus mengelirukan masyarakat lebih lagi menjelang #UPSR2016,” tulisnya.
 

Surat palsu dari kementerian tersebut viral di laman media sosial hari ini menulis sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sri Aman, Kuching dan Samarahan Sarawak diarahkan tutup esok berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

 

 

Dimana mendapati beberapa buah negeri menunjukkan bacaan IPU tidak sihat (IPU 101-200) dan sangat tidak sihat (IPU 201-300).
 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.