Video: Tun Mahathir Sertai Himpunan Haram Bersih 4.0

Kuala Lumpur – Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir turut dilihat menyertai himpunan  haram Bersih 4.0 sebentar tadi.

 

Beliau dilihat melalui Dataran Merdeka bersama sebuah kenderaan sekitar jam 6.45 petang tadi sebelum disambut oleh peserta himpunan yang masih berkampung di hadapan Dataran Merdeka.

 

 

“Teruskan, teruskan,” katanya kepada orang ramai yang berkumpul dan berebut-rebut mahu bersalaman dengan beliau.

 

Keadaan sangat tidak terkawal apabila para petugas media dan orang ramai tolak-menolak untuk mengambil gambar beliau.

 

Ketika tiba, beliau cuma berjalan dari Jalan Parlimen menuju ke Jalan Tun Perak sambil diiringi pengawal keselamatannya.

 

Bagaimanapun disebabkan keadaan terlalu sesak, Dr Mahathir kemudian berpatah balik dan menuju ke keretanya.

 

Keadaan tolak menolak dan kelam kabut itu berlanjutan kira-kira 10 minit.

 

Ada yang menyifatkan kehadiran Mahathir itu sebagai tindakan terdesak untuk mengumpul sokongan rakyat bagi memudahkan gerakannya untuk mengulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

 

Ini kerana ketika regim pemerintahannya, beliau menggesa agar rakyat menolak sebarang perhimpunan haram bagi mengulingkan kerajaan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.