Video: Polis Turunkan Poster Bersih Di Pulau Pinang

Kuala Lumpur – Polis hari ini menurunkan puluhan poster perhimpunan Bersih 4 yang ditampal di beberapa kawasan di sekitar daerah Timur Laut di George Town, kerana ia berunsur hasutan.

 

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata poster itu ditampal di papan tanda dan premis perniagaan di kawasan Bukit Dumbar, Jalan Tengku Kudin di George Town.

 

 

“Polis menerima aduan daripada orang awam berhubung poster itu pagi tadi. Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948,” katanya ketika dihubungi di George Town, hari ini.

 

Beliau berkata polis akan meneliti rakaman litar tertutup yang terdapat di kawasan berkenaan bagi mengenal pasti individu yang terlibat menampal poster berkenaan.

 

Mior Faridalatrash berkata pihaknya tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak untuk menganjurkan perhimpunan Bersih 4 di daerah Timur Laut hujung minggu ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.