Video: Peserta Bersih Kata Kehadiran Mahathir Tiada Makna

Kuala Lumpur – Peserta himpunan haram Bersih 4.0 menyifatkan kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir petang tadi tidak memberi sebarang makna kepada demonstrasi yang diadakan petang tadi, Sabtu.

 

Menurut salah seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Noridah, Dr Mahathir sebenarnya sudah mula takut dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelum ini antaranya memfitnah Ketua Umum PKR, Datuk, Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat.

 

 

Beliau yang berasal dari Gombak itu turut menyifatkan, Dr Mahathir takut dengan segala kerosakkan yang pernah dilakukan sepanjang 22 tahun regim pemerintahannya.

 

“Kalau dia (Dr Mahathir) turun kat sini mungkin akan balik semula pada dia, sebab apa yang dia buat dulu (kerosakkan) akan balik (terkena) pada dia semula.

 

“Saya pun tak setuju sebenarnya, nampak sangat yang dia tu takut” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Sementara itu seorang lagi peserta yang dikenali sebagai Puan Azizah melahirkan rasa kesal sambil mendakwa Dr Mahathir hanya mahu menumpang populariti atas penganjuran himpunan yang diadakan itu.

 

“Bagi saya dia tidak perlu datang pun, tak ada makna pun” katanya yang meyuarakan rasa kesal dengan kehadiran Dr Mahathir.

 

Kehadiran Dr Mahathir di perhimpunan haram itu petang tadi mengejutkan penganjur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.