Video: Peserta Bersih Ganggu Jemaah Solat Di Masjid Jamek

KUALA LUMPUR – Tindakan sebilangan peserta Bersih 4.0 yang menjadikan masjid sebagai tempat rehat sambil baring mengundang rasa tidak puas hati jemaah yang solat di Masjid Jamek.

 

Selain itu, bunyi bising tiupan terompet vuvuzela dari peserta Bersih yang berkumpul berdekatan dengan masjid juga mengganggu fokus jemaah yang datang untuk menunaikan solat maghrib dan isyak.

 

“Bingit telinga bunyi (bising) terompet, tak tahan” ujar seorang jemaah yang dikenali sebagai Amin Samat yang kelihatan terganggu dengan keadaan bising tiupan terompet yang jelas kedengaran hingga ke dalam masjid.

 

Seorang lagi jemaah lain, Hj Zainudin meminta peserta Bersih supaya lebih prihatin dan menghormati sensitiviti serta kesucian masjid sebagai tempat ibadah umat Islam.

 

“Mereka nak himpun lepas itu datang solat bagus, tapi jaga adab dalam masjid, jangan tidur atau baring-baring,”katanya.

 

Dianggarkan sekitar 25,000 hadir himpunan Bersih 4.0 di Kuala Lumpur hari ini di mana kira-kira 10 peratus darinya merupakan peserta Melayu Islam dipercayai dari kalangan penyokong PKR dan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.