Video: Penganjur Bersih Kerah Warga Bangladesh Hadir, Sebagai Peserta

Kuala Lumpur – Bukan sahaja menyalahi undang-undang dengan mengadakan perhimpunan Bersih 4.0, malah penganjur turut menggunakan khidmat warga Bangladesh untuk bersama-sama turun dan berhimpun secara haram.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati peserta himpunan petang tadi turut dihadiri ‘Mat Bangla’ yang memakai baju kuning.

 

Percubaan awal krew untuk mendapatkan komen daripada beberapa ‘Mat Bangla’ itu bagaimanapun gagal, malah ketika dihampiri pihak wartawan mereka segera melarikan diri.

 

 

Walaupun dipujuk beruang kali, mereka tetap menolak untuk memberikan sebarang komen sambil menjelaskan kehadiran mereka atas arahan pihak majikan.

 

“Boss suruh, tak mau kamera… nanti boss marah, kerja hilang” ujar salah seorang rakannya ringkas sebelum berlalu pergi.

 

Terdahalu tinjauan yang dilakukan krew SuaraTV turut mendapati perhimpunan yang diadakan kali ini kurang mendapat penyertaan peserta daripada bangsa Melayu.

 

Majoriti yang hadir merupakan peserta berketurunan Cina yang menyokong parti DAP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.