Ultraman Turut Sertai Bersih 4.0 Di Kuching

KUCHING – Seorang peserta perhimpunan Bersih 4.0 di sini hari ini tampil dengan gayanya yang tersendiri apabila memakai kostum superhero dari Jepun yang terkenal iaiatu ultraman.

 

Gimik tersebut ternyata mencuri perhatian peserta lain yang mengambil kesempatan untuk merakam gambar superhero tersebut dan ada yang turut bergambar dengannya.

 

Perhimpunan Bersih 4.0 di Kuching diadakan serentak dengan himpunan sama di Kuala Lumpur.

 

Dianggarkan terdapat beberapa ratus orang peserta hadir himpunan yang diadakan di Kuching sementara himpunan Bersih 4.0 di ibu negara disertai sekitar 10,000 orang dengan majoriti peserta adalah kaum Cina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.