UAI Wakil Tunggal PAS Sertai Bersih 4.0?

KUALA LUMPUR – Pendakwah Bebas, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dengan panggilan UAI dilihat muncul seketika berhampiran Dataran Merdeka untuk bertemu dan beramah mesra dengan peserta himpunan Bersih 4.0.

 

Menurut sumber kehadiran UAI dipercayai sebagai tanda sokongan kepada bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang kini mengetuai Gerakan Harapan Baru (GHB).

 

Sementara itu setengah pemerhati melihat kehadiran UAI sebagai wakil tunggal PAS di himpunan itu.

 

Terdahulu, sebelum ini PAS mengesahkan tidak akan menyertai Bersih 4.0 sebaliknya hanya akan menghantar beberapa orang wakil sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.