Singapura Beri Amaran Keras Kepada Peserta Bersih

Singapura – Polis Singapura hari ini memberi amaran agar orang ramai tidak menganjurkan atau menyertai mana-mana perhimpunan haram di republik ini bagi menyokong perhimpunan Bersih 4.0 di Malaysia.

 

Dalam satu kenyataan, pasukan itu berkata mereka telah dimaklumkan mengenai seruan menggalakkan rakyat Malaysia di luar negara untuk menganjurkan dan menyertai acara seperti itu di Singapura berhubung demonstrasi jalanan di Malaysia.

 

“Polis ingin mengingatkan orang ramai bahawa menganjur atau menyertai perhimpunan awam tanpa permit polis di Singapura adalah haram dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Ketenteraman Awam.

 

“Warga asing yang bekerja atau tinggal di sini perlu mematuhi undang-undang kami. Mereka tidak sepatutnya membawa isu-isu dari negara mereka ke Singapura yang boleh mengganggu ketenteraman awam,” kata kenyataan itu.Polis berkata mereka yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan tegas dan ini mungkin termasuk menamatkan visa atau pas kerja atau mana-mana yang berkenaan. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.