Senator Australia Sertai Bersih 4 Di Adelaide

Kuala Lumpur – Senator Australia, Nick Xenophon turut menyertai perhimpunan Bersih 4.0 di Adelaide, hari ini.

 

Xenophon retweet gambarnya berucap di perhimpunan itu, yang dimuat naik ke laman Twitter @AmritaMalhi, hari ini.

 

Xenophon pernah menjadi tumpuan media, kerana bertindak mencampuri urusan Malaysia pada 2012.

 

Pada Februari 2013, beliau ditahan Jabatan Imigresen di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, mengikut Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/1963, kerana mempunyai rekod memudaratkan kesejahteraan negara.

 

Perhimpunan Bersih 4 yang bermula sejak jam 2 petang tadi, diadakan di sekitar Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.

 

Selain Malaysia, ia turut dilaporkan berlangsung di New Zealand, Australia, Kanada, China dan Taiwan.

 

Menurut sumber polis, dianggarkan seramai 32,800 peserta menyertai himpunan Bersih 4 di ibu negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.