Peserta Bersih Sekitar 30 Ribu – PDRM

Kuala Lumpur – Polis menganggarkan kehadiran peserta Perhimpunan Bersih 4.0 di ketiga-tiga lokasi – Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu berjumlah 29,500 setakat jam 4.30 petang tadi, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

 

Di Kuala Lumpur, kehadiran peserta dianggarkan seramai 25,000 orang sementara seramai 2,500 peserta pula dianggarkan di Kuching, Sarawak.

 

Manakala seramai 2,000 peserta pula dianggarkan hadir di Kota Kinabalu.

 

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata pihaknya berpuas hati dengan perlakuan peserta perhimpunan hari ini.

 

“Setakat ini kami berpuas hati dengan perhimpunan…dan kami berharap keadaan aman ini dikekalkan sampai akhir,” ujarnya.

 

Setakat ini tidak ada keperluan untuk mengerahkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU), katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.